DP pic
Thursday, May 13, 2010
Bayi Oh Bayi.....
Baru2 ni kita semua digemparkan dengan kes pembuangan bayi yg berleluasa...dh x terbendung rasanya...ermmmmmm...siapa sebenarnya yg harus dipersalahkan??? IBU SEGERA??? BAPA SEGERA??? ATAU BAYI ITU??? Tepuk dada tanya iman...tapi apa yg pasti, bayi itu langsung tidak bersalah...
Wahai ayah...Wahai ibu...mengapakah kalian begitu tegar??? mengapa kalian begitu zalim??? Kami tidak bersalah...Kami tidak berdosa...Mengapa kami dihukum??? Mengapa kami dibuang???Mengapa???
Bermacam-macam cadangan yg diutarakan bagi menangani masalah ini contohnya pendidikan sex di sekolah2, rumah perlindungan dan sebagainya...Ini semua bukan penyelesaiannya! Pasangan, pasangan itu sendiri yg perlu sedar! Jika manusia itu menjalani kehidupan berpandukan al-Quran dan As-sunnah....insyaAllah segala-galanya tidak akan pernah berlaku...
Wahai lelaki...kamu diciptakan sebagai pemimpin...pimpinlah kami menuju keredhaan...janganlah kalian pimpin kami ke kancah kehinaan...
Sedarlah wahai wanita.....kamu adalah anugerah tidak ternilai...Jangan dgn mudahnya kamu menyerahkan mahar kamu yang tidak ternilai itu kepada lelaki durjana...lelaki ajnabi...serahkan hanya pada yg berhak iaitu Suami yang telah sah kamu nikahi wahai wanita...hanya dia insan yg berhak...hanya dia yang berhak!Jagalah akhlakmu...Jagalah perilakumu...kerana seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH...
Kembalilah...Kembalilah...Kembalilah kepada Rabbmu...PenciptaMu...
Lihatlah panorama dunia,
Wanita bagai hilang rasa malunya,
Maruah yang menjadi maharnya,
Tergadai sia bagai tiada berharga...
Dimanakah budinya?
Dimanakah akhlaknya?
Sungguh pilunya, sayu mengenagkannya,
Santun tiada lagi,
Nafsu memimpin hati,
Kehormatan diri tidak dipeduli...
Oh WANITA,
Kembali menginsafi kepada asal fitrah kejadianmu,
Diciptakan untuk dihormati,
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta...
Kembali kepadaNYA,
Juga pada RasulNYA,
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahNYA,
WANITA...
Dimanakah budinya?
Dimanakah akhlaknya?
Sungguh pilunya, sayu mengenagkannya,
Santun tiada lagi,
Nafsu memimpin hati,
Kehormatan diri tidak dipeduli...
Kembalilah ke arah kemuliaan,
Contohi peribadi Ummul Mukminin,
Rasulullah dijadikan suami kerana keluhuran budi,
Bukan keran harta,
Bukan kerana nama,
Tapi kerana budi yang disanjungi,
Kembalilah...
Wanita,
Perhiasan dunia bagai kilau permata di antara kaca,
Sayangnya makin pudar cahaya,
Hingga tiada lagi beza di antaranya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment