Semalam akhirnya dapat renew passport yg tertangguh2. Sampai depan Pejabat Imigresen around 7.50 pg. Tu dah panjang orang beratur. Dapat la jadi orang ke-17. Hohoho
Proses:
1. Beratur untuk mendapatkan no giliran
2. serahkan dokumen berkenaan kepada petugas di kaunter no giliran
3. dokumen dan no giliran akan diserahkan kepada kita
4. tunggu no giliran dipanggil
5. no giliran dipanggil
6. pergi ke kaunter berkenaan, serahkan segala dokumen dan no giliran. Setelah selesai, no giliran akan dikembalikan
7. tunggu no giliran yg sama dipanggil untuk pembayaran
8. no giliran dipanggil
9. pergi ke kaunter pembayaran dan membuat pembayaran. IC, slip pembayaran dan no giliran akan dikembalikan.
10. Tunggu 1 jam. No giliran yg sama akan dipanggil. Pergi ke kaunter berkenaan. Passport diserahkan.
11. Balik. Hahaha
* Jabatan Imigresen di cawangan UTC Keramat. Open 8.30pg - 10.00 mlm.
* Ni just based on my experience. Heheheh
1. Apply New Passport Malaysia - bawa IC dan salinan IC. (my sis)
2. Renew Passport Malaysia - bawa IC dan Passport lama. If passport lama hilang x pasti pula bagaimana. (me)
*setiap permohonan passport satu no giliran sahaja. Better tanya kaunter no giliran kalau nak kepastian.
* standard price now RM200 per 5 tahun.
* gambar akan diambil di kaunter masing2. Tak perlu bawa gambar passport.
* berpakaian gelap.
*jangan lupa ukur ketinggian lepas ambil no giliran.
* Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Jabatan Imigresen Malaysia.
~ PEPERO ~
No comments:
Post a Comment