DP pic

DP pic

Wednesday, May 12, 2010

9 sebab hati tidak bahagia

1) pemarah
-paling mudah dikesan dan dilihat dan paling banyak dalam diri manusia.

2)pendendam
-tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. orang seperti ini sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun.sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3)hasad dengki
-amalannya hangus akibat hasad hasad dengkinya itu.

4) bakhil
-sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta ,kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya.contohnya sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasik tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil kerana walaupun fasik, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadang kala rezeki itu Allah bagi melalui makhluk.

5)tamak
-orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau sebanyak mana yang diminum tetapi tidak habis juga.

6)tidak sabar
-andai perkara kecilpun tidak boleh sabar apatah lagi hal-hal besar

7)ego
-ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.orang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.semua orang ada ego tersendiri cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8)riak
-terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.sentiasa berlakon dihadapan orang.Allah marah Kalau kita riak dan takabbur dengan apa yang kita ada.

9)cinta dunia
-tidak dapat menderita,dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.


~ sebagai renungan bersama..... ~

No comments:

Post a Comment