DP pic

DP pic

Tuesday, June 29, 2010

ISTIKHARAH...........







www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Im Koyube*
Editor : naadherah


“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”


Sepucuk emel dihantar kepada saya.

Beristighfar dan mengurut dada.

Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.

Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.

Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:


“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”


Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam :


Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata


Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:


Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu
(yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).



Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.


“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah”
[Al-Aa'raaf 7: 30]


KESIMPULAN


1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan.
Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan
kepada Istikharah.
3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk
melihat buruk baiknya.
4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat
Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh
dipercayai kewibawaannya.
8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka
kepada belitan Iblis.
10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih,
tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup
keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

*Artikel asal bertajuk "Fitnah Petunjuk Istikharah" dari www.saifulislam.com

Jawapan di persimpangan......





~ Hadirnya kau wahai kasih menerbitkan kembali rasa2 yg telah lama hilang ~ aku bukanlah permata pujaan ~ aku hanya wanita biasa yg punya rasa cinta dan sayang ~ aku ikhlas menyanyangimu ~ aku tertaut akan kesederhanaanmu ~ aku tertaut akan senyumanmu ~ adakah kau jua merasakan apa yg kurasakan??? ~ berilah jawapanmu wahai kekasih agar ku bisa hidup dalam ketenangan ~ hadirlah kasih hadirlah dikau dalam hidupku ~

Ya Allah, jika benar 'dia' terbaik buat diriku, agamaku, keluargaku, duniaku, akhiratku dan seluruh muslimin dan muslimat, kau satukanlah hati kami, kau tautkanlah kasih sayang di antara kami agar bisa kami melayari bahtera rahmatMu...Namun, andai selainnya yg lebih baik buat diriku, agamaku, keluargaku, duniaku, akhiratku dan seluruh muslimin dan muslimat,Engkau berikanlah yg lain itu buatku dan redhakanlah hati ini seikhlas-ikhlasnya dalam menerima ketentuanMU...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala isi hatiku...Hanya padaMu ku bermohon......

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan
Fitrah insani
Di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela....

Tuesday, June 22, 2010

Hati ini......

ermmmm....tak tau aper nk tulis sebenarnya....cuma tah kenapa hatiku bermunge-munge.....just nk nyanyi lagu ni jer....layanzzzz jer la ek.....:)





Oh Tuhan,
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta utk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah
Ku mohon apa yg telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yg terbaik buat diriku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Peliharaku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yg lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih dijiwa

Ku pasrah kepada Mu
Kurniakanlah aku pasangan yg beriman bisa menemani aku
Supaya ku dan dia dapat melayar bahtera ke muara cinta yg Engkau redhai

Oh Tuhan
Seandai dia............SATUKANLAH

Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agar ku bisa bahagia walau tanopa bersamanya
Gantikanlah yg hilang, tumbuhkan yg telah patah
Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala.......






Sememangnya ku seringkali menunggu
Oh renunganmu bagai memanah di kalbu
Ku bertanya siapa gerangannya
Dan kini ku menanti kau bersuara
Tidak mungkin aku yg memulakannya dulu

Jika engkau cuba mengerti apa yg tersirat di hati
Apa lagi perlu kau ragu ku milikmu
Cubalah engkau menghayati isyarat cinta yg diberi
Jika dirimu tahu ku milikmu

Jangan nanti debarku kian berakhir
Menunggumu berubah pula nanti hatiku
Yg ku mahu dirimu mendekatiku
Kemaskan langkahmu atur bicaramu
manisnya aku rasa andai bersama

Jika engkau cuba mengerti apa yg tersirat di hati
Apa lagi perlu kau ragu ku milikmu
Cubalah engkau menghayati isyarat cinta yg diberi
Jika dirimu tahu ku milikmu

Walaupun diriku sering sahaja diganggu, dipujuk, dirayu
Hanya kau difikiranku
Dirimu yg ku nantikan

Jika engkau cuba mengerti apa yg tersirat di hati
Apa lagi perlu kau ragu ku milikmu
Cubalah engkau menghayati isyarat cinta yg diberi
Jika dirimu tahu ku milikmu





Bukan tak tahu tajamnya duri
Si akar semalu bercabang-cabang
Bukan tak mahu mencari ganti
Parut luka lalu terpandang-pandang

Pergi tak disuruh
Datang tak diminta
Andai sudah jodoh insyaAllah

Jenuh sudah meratap mencari sireh
Mencari sireh bertemu urat
Jenuhlah sudah menantikan kekasih
Kekasih setia sepanjang hayat

Sekacipan pinang secubitan gambir
Sehelai sireh dicalit kapur
Sedap di pandangan manisnya dibibir
Apalah kasih andai tak jujur





Mencari senyum manis
Di mana menanti
Di hati sudi
Di sana mencari
Kasih bersulam
Rindu mendalam
Jiwa merasa

Tak tahan menanti lagi
Di sini bermimpi
Di mana mencari
Di titik bertemu
Dan akan bahagia
Hidup bersama selama-lamanya

Bertemu mata memandang
Jatuh hati pandang pertama
Berdebar jantung tertawan
Mengidamkan kasih dan sayang

Menjeling, menjeling, menjeling
Senyuman hati tergoda
Mengerdip, mengerdip, mengerdip
Mata bermain di sukma

Monday, June 21, 2010

Ahlan wa sahlan ya Rejab

- Rejab ertinya 'mulia'. Bulan Rejab bulan mulia, dinamakan demikian kerana Bangsa Arab dahulu sgt memuliakan bulan ini.

- Bulan berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW.

- Ibadah yg dianjurkan:
(a) Membaca doa awal Rejab
yg bermaksud, "Wahai Allah! Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Syaaban
dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan."
*sangat mustajab berdoa pd waktu mlm pertama bulan Rejab.

(b) Mengerjakan puasa sunat Rejab

(c) Melaksanakan solat sunat Rejab
* solat sunat awal Rejab
* malam 15 atau pertengahan Rejab
* malam 30 atau akhir Rejab
* solat sunat Rejab malam Jumaat

(d) beristighfar

(e) berzikir, bertasbih, berselawat

p/s selamat beramal!!! :)


~ by Muhamad Fathullah ~
(Amalan Istimewa Ramadhan, Syawal, Rejab, Syaaban, Muharam, Zulhijjah)

Wednesday, June 9, 2010

hari yg sedih.....

Tanggal 9 Jun 2010 (Rabu)...berlakunya sesuatu yg menyedihkan aku...


Teman
Hadirnya dirimu amat ku hargai
Hadirnya dirimu amat bermakna buatku
Hadirnya dirimu memberi sinar baru dalam hidupku
Aku ikhlas menyanyangi dirimu
Janganlah kau meminta lebih
Kerna ku tak mampu membenarkannya

Teman
Bukan aku tidak sayang
Bukan aku tidak suka
Aku tidak sanggup melukai hatimu
Aku tidak sanggup melihat kau bersedih
Aku tidak mahu mengulangi kesilapan lalu

Teman
Maafkan aku
Kerna ku tidak mengetahui bahawa hari ini
Mengingatkan kau kpd kenangan silam
Kenangan yg menyakitkan
Dan hari ini juga
Hari ini juga ku melukai mu
Maafkan diriku wahai teman

Namun
Keadaan memaksa aku mengatakannya
Keadaan memaksa aku meluahkan sejujur hatiku

Biarlah
Biarlah waktu yg menentukan
Biarlah suratan yg berbicara
Apa yg akan berlaku seterusnya
Jika sudah tertulis di Luh Mahfus
Aku milikmu
Aku tetap milikmu

Namun
Bukan pengharapan yg kulayangkan
Bukan anganan ku lemparkan
Ia hanya sebuah kemungkinan

Cinta
Datangnya tidak disuruh
Perginya tidak di minta
Jika sudah jodoh
InsyaAllah


Maafkan aku teman
Semoga kau bertemu si pemilik hatimu


SESUNGGUHNYA KAU LAH SAHABATKU DUNIA DAN AKHIRAT

Friday, June 4, 2010

rahsia hati.....

kadang2 aku terfikir...cerewetkah aku? baik sgt kah aku? salahkah aku inginkan yg terbaik? ermmmm tah la...hanya Allah sahaja yang memahami apa yg kita inginkan tidak insan lain...hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat diri kita.....

aku inginkan something new in my life...aku ingin berhijrah...namun, aku perlukan sokongan...kenapa mereka tidak boleh memahaminya...salahkah aku mengimpikan baitul muslim yg penuh dgn mawaddah warahmah? tahlah...masih adakah peluangku untuk merealisasikan impian ini...hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui...



Ya Allah,
Jika apa yg ku impikan ini yg terbaik disisiMu, yg terbaik buat agamaku, diriku, keluargaku dan seluruh muslimin dan muslimat, perkenankanlah ia...sesungguhnya hanya pada Engkau aku memohon...Amin ya rabbal alamin.....

my cousin wedding....

lamer dh den tak update blog ni...x tau nk update per...last week, pada 28, 29 & 30 Mei yg lalu...telah terbinanya sebuah lagi masjid dalam keluargaku....penat gak ler jd penanggah but heppy...apa yg penting???? kerja sama...hheeeheh...biler ade kenduri kendara ni...masa tu la br kiter dpt jumpa ahli2 keluarga yg lamer x jumpe...bkn selalu jumpe kan....masa ni ler dpt berkumpul....hehehehe.....ape2pun aku doakan semoga rumahtangga mereka dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke AKHIR HAYAT.....:) biler la gaknyer masjid aku sendiri akan terbina??? errmmmmm...aku pun x de jwpn tuk soalan aku sendiri....just tgk jer ar gmbr ni.....